Panasonic NF-N50A Operating Instructions Manual page 16

Household use
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Langkah- Langkah Keselamatan
Jangan dedahkan Periuk Tembikar Boleh Alih kepada api atau sebarang sumber haba
lain untuk memasak sebarang jenis masakan.
Jangan sentuh permukaan yang panas. Gunakan sarung tangan ketuhar atau kain
untuk mengalihkan Penutup Kaca atau Periuk Tembikar Boleh Alih.
Jangan gunakan perkakas di tempat berikut:
- Di kawasan yang boleh terkena percikan air, terdedah kepada kelembapan atau
berdekatan sumber haba.
- Permukaan tidak rata atau permaidani, permaidani elektrik, alas meja (plastik etilena) atau
objek lain yang tidak tahan suhu tinggi.
- Berdekatan dinding atau perabot. (Ia boleh menyebabkan perubahan warna atau bentuk.)
- Di tempat yang boleh dicapai kanak-kanak.
Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan apabila ia sedang beroperasi.
• Apabila meninggalkan perkakas tanpa pengawasan, MATIKAN kuasa.
Jangan tuang air sejuk atau rendamkan ke dalam air sejuk jika Periuk Tembikar Boleh
Alih masih panas untuk mengelakkan Periuk Tembikar Boleh Alih daripada retak.
Jangan masak melebihi kapasiti memasak maksimum yang disyorkan (kira-kira 90%
muatan periuk) untuk mengelakkan limpahan. Limpahan juga bergantung kepada
bahan yang digunakan.
Jangan simpan Penutup Kaca atau Periuk Tembikar Boleh Alih di dalam peti sejuk atau
peti beku.
Jangan gunakan Periuk Tembikar Boleh Alih untuk menyimpan makanan atau cecair.
Jangan angkat Badan Periuk dengan memegang Periuk Tembikar Boleh Alih.
Tindakan ini boleh menyebabkan perkakas terjatuh. Pastikan anda memegang
kedua-dua Pemegang.
Jangan gunakan sebarang alat memasak dengan bahagian tepi dan sudut yang
tajam untuk mengendalikan Periuk Tembikar Boleh Alih. Ia boleh mencalarkan dan
merosakkan Periuk Tembikar Boleh Alih.
Pastikan memegang Palam apabila mencabutnya. Jangan sesekali menarik keluar
menggunakan Tali Kord.
Semasa memasak, Periuk Tembikar Boleh Alih mesti diletakkan di dalam Badan Periuk,
dan ditutup dengan Penutup Kaca.
Pastikan Periuk Rendidih sentiasa kering, terutamanya Pelindung Periuk.
Kendalikan perkakas di atas permukaan bersih, rata, keras dan kering.
Sekiranya digunakan untuk tempoh lama (lebih 8 jam), pastikan anda menggunakan
mod "Auto" dan bukan mod "High" (NF-N50A dan NF-N30A sahaja).
Cabut Palam apabila perkakas ini tidak digunakan.
Penggunaan bahan seperti ketam dan kerang tidak disyorkan. (Untuk mengelakkan
Periuk Tembikar Boleh Alih daripada tercalar)
Permukaan elemen pemanas (Pelindung Periuk dan Badan Periuk) adalah tertakluk
kepada sisa haba selepas digunakan. Biarkan perkakas sejuk sebelum menyentuh
atau membersihkannya.
Produk ini hanya adalah untuk kegunaan di rumah.
Pastikan untuk membersihkan permukaan yang bersentuhan dengan makanan selepas
digunakan. (Rujuk halaman ML7 "Selepas Penggunaan".)
ML4
Slow_Cooker.indb 4
Slow_Cooker.indb 4
3/16/2020 9:58:27 AM
3/16/2020 9:58:27 AM

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Nf-n30aNf-n15

Table of Contents