Perkhidmatan Dan Kos Rangkaian; Menjaga Peranti Anda - Nokia T20 Manual

Hide thumbs Also See for T20:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Nokia T20 Panduan pengguna
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF semasa menggunakan sama ada dalam
kedudukan penggunaan yang biasa pada telinga atau apabila berada dalam kedudukan
sekurang-kurangnya 1.5 centimeter (5/8 mm) dari badan anda. Nilai SAR maksimum khusus
boleh ditemui di bahagian Maklumat Pensijilan (SAR) dalam panduan pengguna ini. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, lihat bahagian Maklumat Pensijilan (SAR) dalam panduan
pengguna ini atau layari www.sar-tick.com.

PERKHIDMATAN DAN KOS RANGKAIAN

Penggunaan sesetengah ciri dan perkhidmatan, atau memuat turun kandungan, termasuk item
percuma, memerlukan sambungan rangkaian. Ini boleh menyebabkan pemindahan jumlah data
yang besar, yang boleh menyebabkan kos data. Anda mungkin juga perlu melanggan kepada
sesetengah ciri.
Penting: 4G/LTE mungkin tidak disokong oleh pembekal khidmat rangkaian anda atau
pembekal perkhidmatan yang anda gunakan semasa dalam perjalanan. Dalam kes ini, anda
mungkin tidak dapat untuk membuat atau menerima panggilan, menghantar atau menerima
mesej atau menggunakan sambungan data mudah alih. Untuk memastikan peranti anda
berfungsi dengan lancar apabila perkhidmatan 4G/LTE penuh tidak tersedia, anda disyorkan
untuk menukar kelajuan sambungan tertinggi daripada 4G kepada 3G. Untuk melakukan ini,
di skrin utama, ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Rangkaian mudah alih dan tukar
Jenis rangkaian pilihan kepada 3G .
Perhatian: Menggunakan Wi-Fi mungkin terhad dalam sesetengah negara. Sebagai contoh, di
EU, anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5150–5350 MHz Wi-Fi di dalam bangunan dan
di AS dan Kanada, anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5.15–5.25 GHz Wi-Fi di dalam
bangunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.

MENJAGA PERANTI ANDA

Kendalikan peranti, bateri, pengecas dan aksesori anda dengan berhati-hati. Cadangan yang
berikut membantu anda memastikan peranti anda beroperasi.
• Pastikan peranti tersebut kering.
Mendakan, kelembapan, dan semua jenis
cecair atau lembapan boleh mengandungi
mineral yang menghakis litar elektronik.
• Jangan gunakan atau simpan peranti di
dalam kawasan yang berdebu atau kotor.
• Jangan simpan peranti dalam keadaan
suhu yang tinggi. Suhu yang tinggi boleh
merosakkan peranti atau bateri.
• Jangan simpan peranti dalam keadaan
suhu yang sejuk. Apabila peranti memanas
kepada suhu biasanya, lembapan
© 2021 HMD Global Oy. Hak cipta terpelihara.
boleh terbentuk di dalam peranti dan
merosakkannya.
• Jangan buka peranti selain daripada yang
diarahkan dalam panduan pengguna.
• Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan
boleh merosakkan peranti dan melanggar
undang-undang yang menguasi peranti
radio.
• Jangan jatuhkan, hantukkan, atau
goncangkan peranti atau bateri.
Pengendalian dengan cara kasar boleh
menyebabkan peranti pecah.
29

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents