Makita DFJ212A Instruction Manual page 44

Cordless fan jacket cordless fan vest
Hide thumbs Also See for DFJ212A:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pemegang bateri (dengan bateri)
► Rajah27: 1. Penutup 2. Port USB
Semasa menggunakan Bateri BL1055B, tekan
butang kuasa. Bateri membekalkan DC 5 V, 1.5 A.
Bateri BL1055B
► Rajah28: 1. Butang kuasa 2. Port USB
OPERASI
Untuk menghidupkan kipas, tekan dan tahan butang
kuasa. Kipas bermula pada tahap kuasa maksimum 4.
Setiap kali anda menekan butang kuasa, tahap kuasa
berubah daripada 4 kepada 1 dan kembali kepada 4.
Penunjuk tahap kuasa menunjukkan tetapan semasa.
Untuk mematikan, tekan dan tahan butang kuasa
utama sekali lagi.
Pemegang bateri
► Rajah29: 1. Penunjuk tahap kuasa 2. Butang kuasa
Bateri BL1055B
► Rajah30: 1. Penunjuk tahap kuasa 2. Butang kuasa
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan jaket
dimatikan dan kartrij bateri atau Bateri BL1055B
dikeluarkan sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
PERHATIAN:
Jika jaket/ves tidak hidup atau
apa-apa kerosakan ditemui dengan kartrij bateri
yang dicas sepenuhnya, bersihkan terminal
pemegang bateri dan kartrij bateri. Jika jaket
masih tidak berfungsi dengan betul, berhenti
menggunakan jaket/ves dan hubungi pusat servis
yang diiktiraf kami.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Membersihkan unit kipas
Sapu kotoran, habuk, minyak, gris dan lain-lain dengan
kain kering yang bersih. Untuk membersihkan bilah
kipas, keluarkan gelang dan buka cangkuk perumah
daripada penutup dengan menggunakan pemutar skru
beralur atau yang serupa. Terdapat tiga cangkuk pada
perumah. Buka cangkuk sedikit demi sedikit secara
bergilir-gilir agar cangkuk tidak patah.
► Rajah31: 1. Pemutar skru beralur 2. Perumah
3. Penutup 4. Lubang 5. Bilah kipas
6. Cangkuk
NOTIS:
Jangan keluarkan bilah kipas daripada
perumah.
NOTIS:
Jangan basuh unit kipas dengan air.
Pastikan anda memasang penutup selepas
membersihkan bilah kipas. Letakkan penutup pada
perumah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah
(perhatikan arah logo pada penutup dan gelung pada
perumah). Jajarkan cangkuk dengan lubang dan
kemudian pasangkan cangkuk.
► Rajah32: 1. Logo pada penutup 2. Gelung pada
perumah
Membersihkan jaket/ves
Tanggalkan unit kipas dan bateri atau pemegang
bateri daripada jaket/ves sebelum mencuci.
Ikuti arahan pada tag.
Produk kapas mungkin kecut apabila dibasuh.
Jangan basuh jaket/ves dengan pakaian lain.
Berbuat demikian boleh menyebabkan warna
pudar atau pemindahan warna.
Gunakan jaring pakaian ketika menggunakan
mesin basuh.
Jangan gunakan pelembut fabrik.
Gunakan detergen semula jadi sahaja.
Selepas mencuci, keluarkan jaket/ves daripada
mesin basuh sekaligus.
Pastikan kancing zip ditutup sebelum mencuci.
Untuk jaket dengan pemantul cahaya
Prestasi bahagian pemantul cahaya boleh
menjadi lemah dengan mencuci.
Basuhan mesin dalam kitaran lembut (Bilangan
basuhan ialah sehingga 5 kali.)
Bilangan basuhan bukanlah satu-satunya faktor
untuk menentukan tempoh hayat jaket.
Hayat jaket berubah dengan cara penggunaan,
cara penjagaan dan keadaan penyimpanan.
Jika bahagian pemantul cahaya atau pakaian
telah rosak, gantikan dengan jaket baharu.
NOTA: Ciri jaket/ves berbeza-beza bergantung pada
model. Rujuk bahagian spesifikasi untuk ciri jaket/
ves anda.
44 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dfj213aDfj214aDfj216aDfj312aDfj416aDfv210a ... Show all

Table of Contents