Huawei M-Pencil Quick Start Manual page 103

Table of Contents

Advertisement

Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke tempat bahan
mudah bakar atau letupan disimpan (dalam stesen minyak,
depot minyak, loji kimia dll). Penggunaan peranti anda di
tempat-tempat ini menambah risiko berlakunya letupan atau
kebakaran.
Jangan dedahkan peranti ini dan aksesorinya kepada hujan atau
lembapan, kerana ini boleh menimbulkan bahaya kebakaran
dan boleh menyebabkan anda mengalami kejutan elektrik.
Peranti ini mengandungi bateri terbina dalam. Jangan cuba
menggantikan bateri sendiri. Jika tidak, peranti mungkin tidak
berjalan dengan normal atau bateri mungkin dirosakkan. Untuk
keselamatan diri anda dan untuk memastikan bahawa peranti
anda berjalan dengan normal, anda amat disyorkan untuk
menghubungi pusat servis yang dibenarkan Huawei untuk
membuat gantian.
Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri yang tidak
diluluskan atau tidak serasi mungkin merosakkan peranti anda,
memendekkan jangka hayatnya, atau mengakibatkan
kebakaran, letupan, atau kemalangan lain.
Jauhkan bateri daripada api, dan jangan membuka pemasangan,
mengubah suai, membuang atau menekannya. Jangan
masukkan objek asing ke dalamnya, merendamkannya di dalam
air atau cecair lain, atau mendedahkannya kepada daya luar
atau tekanan, kerana ini boleh menyebabkan bateri bocor,
menjadi terlalu panas, terbakar ataupun meletup.
Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan mengikut
peraturan tempatan. Alat-alat tersebut tidak sepatutnya dibuang
seperti sampah rumah tangga biasa. Penggunaan bateri yang
tidak betul boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan,
atau kemalangan yang lain.
Sesetengah peranti wayarles mungkin mengganggu peranti
perubatan boleh implan dan peranti perubatan lain, seperti
perentak jantung, implan koklea dan alat bantu pendengaran.
Semasa menggunakan produk, pastikan ia berada sekurang-
kurangnya 15 cm dari peranti perubatan tersebut. Rujuk
pengeluar peralatan perubatan anda untuk maklumat
selanjutnya.
101

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cd54

Table of Contents