Melayu - Huawei DDB-KB00 Quick Start Manual

Table of Contents

Advertisement

Melayu

Pemasangan dan Perpasangan
Selepas pemasangan selesai, ikut arahan pada skrin untuk melakukan perpasangan papan kekunci
dengan tablet anda melalui Bluetooth. Selepas perpasangan berjaya, anda boleh memisahkan
bahagian atas dan bawah papan kekunci.
Apabila tablet anda terletak di alur papan kekunci, ia akan mengecas papan kekunci
secara automatik.
Maklumat Keselamatan
Sila baca semua maklumat keselamatan dengan teliti sebelum penggunaan peranti anda untuk
memastikan operasi yang selamat dijalankan dan mempelajari cara membuang peranti anda dengan
betul.
Operasi dan keselamatan
Suhu operasi yang sesuai adalah antara 0°C hingga 35°C. Suhu penyimpanan yang sesuai adalah
antara –20°C hingga +45°C.
Jauhkan peranti ini dan aksesorinya yang mungkin mengandungi komponen-komponen kecil
daripada capaian kanak-kanak. Jika tidak, kanak-kanak mungkin merosakkan peranti ini dan
aksesorinya secara tidak sengaja, atau tertelan komponen kecil, yang boleh menyebabkan
tercekik.
AMARAN: Peranti mengandungi bateri sel syiling/butang/bersaiz kecil. Jangan menelan
bateri kerana ia boleh mengakibatkan lecur kimia.
Jika bateri sel syiling/butang/bersaiz kecil ditelan, ia boleh menyebabkan lecur kimia dalaman
yang teruk hanya dalam masa 2 jam dan boleh mengakibatkan kematian
Jauhkan bateri baharu dan terpakai daripada kanak-kanak. Jika petak bateri tidak dapat ditutup
dengan kemas, berhenti menggunakan produk dan jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda rasa
bateri mungkin telah ditelan atau diletakkan di dalam mana-mana bahagian badan, segera
dapatkan rawatan perubatan.
Jauhkan peranti dan bateri dari kepanasan terlampau dan pancaran terus matahari. Jangan
letakkannya pada permukaan atau dalam peranti panas, seperti ketuhar gelombang mikro, alat
pemanas, atau radiator.
Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke tempat bahan mudah bakar atau letupan
disimpan (dalam stesen minyak, depot minyak, loji kimia dll). Penggunaan peranti anda di
tempat-tempat ini menambah risiko berlakunya letupan atau kebakaran.
Jangan dedahkan peranti ini dan aksesorinya kepada hujan atau lembapan, kerana ini boleh
menimbulkan bahaya kebakaran dan boleh menyebabkan anda mengalami kejutan elektrik.
56

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents