Makita DCU601 Instruction Manual page 71

Battery powered wheelbarrow
Hide thumbs Also See for DCU601:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memuatkan objek
PERHATIAN:
Sebelum memuatkan objek
pada mesin, pastikan mesin dimatikan dan tuil
brek dikunci.
PERHATIAN:
Pastikan objek dimuatkan
dalam pembawa. Jika objek terkeluar daripada
pembawa, objek itu mungkin terjatuh atau runtuh jika
tersentuh halangan.
► Rajah30
PERHATIAN:
Pastikan untuk memuatkan
objek supaya berada di bawah paras mata. Jika
beban terlalu tinggi, bahaya kerana pandangan
menjadi kabur. Selain itu terdapat risiko terbalik dan
kecederaan kerana beban berkemungkinan tidak
seimbang.
► Rajah31
Apabila memuatkan objek pada pembawa, kukuhkan
objek dengan tali dan ikatkan pada cangkuk tali
pembawa.
► Rajah32: 1. Cangkuk tali
Mengangkat dan menurunkan
pembawa
PERHATIAN:
Sebelum mengangkat atau
menurunkan pembawa, pastikan tuil brek dikunci.
PERHATIAN:
Angkat atau turunkan
pembawa di atas permukaan yang rata dan stabil.
Operasi di atas permukaan yang tidak stabil boleh
menyebabkan kemalangan atau kecederaan.
PERHATIAN:
Pastikan beban minimum. Jika
beban adalah besar, jangan cuba mengangkat
pembawa. Kurangkan beban dan kemudian
angkat pembawa.
PERHATIAN:
Apabila mengangkat atau
menurunkan pembawa, jangan sekali-kali
memasukkan atau meletakkan sebahagian tubuh
badan anda di bawah pembawa.
PERHATIAN:
Sebelum mengangkat atau
menurunkan pembawa, pastikan tiada orang atau
halangan di sekeliling mesin.
Anda boleh mengangkat dan menurunkan kedudukan
pembawa dengan menggunakan suis atas dan bawah.
1.
Hentikan mesin dan kemudian kunci tuil brek.
2.
Angkat pembawa dengan menggunakan suis atas
dan bawah sambil memegang tuil brek.
3.
Kunci tuil brek, dan kemudian turunkan bingkai
pengadang pembawa untuk memuatkan atau
memunggah objek.
4.
Naikkan bingkai pengadang pembawa, dan
kemudian turunkan pembawa ke kedudukan paling
rendah dengan menggunakan suis atas dan bawah
sambil memegang tuil brek.
NOTIS:
Anda boleh melaraskan sedikit
kedudukan mesin dengan menggunakan pemicu
suis apabila pembawa diangkat ke atas. Pastikan
untuk mengunci tuil brek selepas melaraskan
kedudukan mesin dengan menggunakan pemicu
suis.
NOTIS:
Sebelum mengendalikan mesin
dengan menggunakan pemicu suis, pastikan
anda menurunkan pembawa ke kedudukan
yang terendah. Jika pembawa tidak berada pada
kedudukan yang terendah, kelajuan perjalanan mesin
dihadkan hingga 0.8 km/h.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
meletakkan mesin di atas permukaan rata dan
kunci tuil brek sebelum disimpan atau cuba
melakukan pemeriksaan atau penyelenggaraan.
PERHATIAN:
kekunci kunci dan kartrij bateri dikeluarkan
daripada mesin sebelum menyimpan, memeriksa
atau penyelenggaraan.
PERHATIAN:
kunci apabila mesin tidak digunakan. Simpan
kekunci kunci di tempat yang selamat jauh
daripada jangkauan kanak-kanak.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Pemeriksaan sebelum pengendalian
Lakukan pemeriksaan berikut sebelum mengendalikan
mesin.
Periksa sama ada bolt, nat dan tombol diketatkan
dengan kukuh.
► Rajah33
Periksa sama ada brek berfungsi dengan baik.
Jika anda berasa brek tidak berfungsi dengan
secukupnya, lakukan pembersihan brek. Jika
tiada perubahan berlaku, minta pembaikan
daripada Pusat Servis Makita yang Diiktiraf.
Periksa sama ada tayar roda hadapan dan
belakang tidak rosak dan udara di dalam tayar
adalah mencukupi.
Periksa sama ada lampu hadapan, dan lampu
belakang bersih. Bersihkan jika perlu.
Periksa sama ada pengikis berada dalam
kedudukan yang betul. Jika pengikis menghadap
ke atas, laraskan orientasi pengikis dengan
melepaskan bolt. Apabila mengetatkan bolt,
jangan tolak pengikis ke arah hadapan mesin.
► Rajah34: 1. Pengikis
71 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan untuk
Sentiasa pastikan bahawa
Sentiasa keluarkan kekunci

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents