LG -M400DK User Manual page 161

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kunci skrin
Gambaran keseluruhan kunci skrin
Skrin peranti anda mati dan mengunci dirinya sendiri jika anda menekan
kekunci Power/Lock. Ini juga terjadi selepas peranti ditinggalkan melahu
untuk tempoh masa tertentu.
Jika anda menekan kekunci Power/Lock ketika kunci skrin tidak
ditetapkan, skrin Utama muncul serta-merta.
Untuk memastikan keselamatan dan mencegah akses tidak dikehendaki
kepada peranti anda, tetapkan kunci skrin.
Kunci skrin mencegah input sentuh yang tidak perlu pada skrin peranti
dan mengurangkan penggunaan bateri. Kami mengesyorkan anda
supaya mengaktifkan kunci skrin semasa tidak menggunakan peranti.
Mengkonfigurasi tetapan kunci skrin
Terdapat beberapa pilihan yang tersedia untuk mengkonfigurasi tetapan
skrin kunci.
1
Ketik
Tetapan Paparan Skrin kunci Pilih skrin kunci dan
kemudian pilih kaedah pilihan anda.
2
Suaikan tetapan berikut:
Tiada: Nyahaktifkan fungsi kunci skrin.
Seret: Leret pada skrin untuk membuka kunci skrin.
Knock Code: Ketik ruangan pada skrin menurut corak untuk
membuka kunci skrin.
Corak: Lukis corak untuk membuka kunci skrin.
PIN: Masukkan kata laluan bernombor untuk membuka kunci skrin.
Kata laluan: Masukkan kata laluan angka abjad untuk membuka
kunci skrin.
Cap Jari: Buka kunci skrin menggunakan cap jari anda.
Fungsi Asas
45

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents