Download Print this page

Philips HR1565 Manual page 30

Hide thumbs Also See for HR1565:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu
30
-
Jangan gunakan perkakas jika kord utama, plag atau bahagian lain
sudah rosak.
-
Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang
layak bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah
diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
awas
-
Sentiasa masukkan pemukul atau cangkuk uli ke dalam penggaul
sebelum anda menyambungkan perkakas dengan punca kuasa.
-
Turunkan pemukul atau cangkuk uli ke dalam ramuan sebelum
menghidupkan perkakas.
-
Cabut plag penggaul sebelum anda mengeluarkan pemukul atau
cangkuk uli dan sebelum anda membersihkannya.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian
daripada pengilang lain atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh
Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian sedemikian,
jaminan anda menjadi tidak sah.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul dan
mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk digunakan
berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Menggunakan perkakas
Petua: Mangkuk berputar sesuai terutamanya untuk kuantiti yang besar. Jika
anda mahu memproses kuantiti kecil, kami nasihatkan anda supaya
menggunakan mangkuk kecil dan memegang pengadun dengan tangan
anda.

Advertisement

loading