Download Print this page

Philips HR1565 Manual page 31

Hide thumbs Also See for HR1565:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Mengadun pada dirian
1
Letakkan mangkuk di atas dirian (Gamb. 2).
Pertama pasang bahagian hadapan pengadun ke dalam cangkuk sentap di
hadapan pemegang pengadun dan kemudian tekan bahagian hujung
belakang pengadun ('klik').
2
Tekan butang pelepas pemegang dan condongkan pemegang
dengan pengadun ke belakang (Gamb. 3).
3
Sisipkan pemukul atau cangkuk uli ke dalam pengadun. Pastikan anda
memasukkan pemukul atau cangkuk uli dengan simpai plastik ke
dalam bukaan yang lebih besar pada dasar pengadun (Gamb. 4).
Jika perlu, pusingkan sedikit pemukul atau cangkuk uli sambl anda
melakukan langkah ini.
Simpai plastik pada pemukul atau cangkuk uli tetap kelihatan. Pemukul
atau cangkuk uli tidak boleh ditolak lebih jauh ke dalam pengadun.
4
Pasangkan plag di soket dinding.
5
Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk.
-
Untuk mendapatkan hasil terbaik, masukkan ramuan cecair terlebih
dahulu ke dalam mangkuk, diikuti dengan ramuan kering.
-
Untuk memastikan kuantiti dan tempoh pemprosesan yang betul,
rujuk jadual di bawah.
6
Letakkan mangkuk di atas kakinya (Gamb. 5).
7
Tekan butang pelepas pemegang dan bawakan pengadun ke
kedudukan mendatar supaya pemukul atau cangkuk uli diturunkan
ke dalam ramuan (Gamb. 6).
8
Hidupkan pengadun.
-
Tekan butang turbo untuk menggaul dengan lebih pantas atau untuk
meninggikan kelajuan semasa tugas berat, cth. menguli doh yis.
-
Tekan spatula pada sisi mangkuk untuk menghancurkan ramuan yang
tidak bercampur supaya mendapat campuran yang sebati.
BaHasa MElayu
31

Advertisement

loading