LG KG220 User Manual page 94

Hide thumbs Also See for KG220:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
]
Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ia boleh
merosakkan telefon.
]
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau lembapan.
]
Guna aksesori seperti alat dengar telinga dan set kepala
dengan hati-hati. Sila pastikan kabel dijarakkan dengan
selamat dan tidak menyentuh antena
]
Gunakan aksesori seperti telefon telinga dengan berhatihati.
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang
boleh menjejas prestasinya.
]
Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan
kelengkapan perubatan tanpa meminta izin. Elakkan daripada
meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam
saku dada anda.
]
Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat
gangguan daripada telefon bimbit.
]
Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan
telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu.
]
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
]
Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan memandu.
]
Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
]
Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat
dan menjawab panggilan jika keadaan memandu
memerlukan.
]
Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di
dalam kenderaan bermotor anda seperti stereo kereta,
kelengkapan keselamatan.
]
Apabila berada di dalam kereta, jangan biarkan telefon anda
atau pasang kit bebas tangan berdekatan dengan beg udara.
Jika kelengkapan wayarles tidak dipasang dengan betul dan
beg udara diaktifkan, anda boleh mengalami kecederaan
serius.
Jika anda mendengar muzik sila pastikan volum di tahap yang
sewajarnya supaya anda sedar keadaan persekitaran. Ini
adalah penting terutamanya ketika anda ingin melintas jalan.
Elakkan kerosakan pendengaran anda
Kerosakan pada pendengaran anda boleh berlaku apabila
terdedah kepada bunyi kuat dalam jangkamasa yang panjang.
Dinasihatkan supaya anda tidak on dan off telefon terlalu
hampir dengan telinga. Juga dinasihatkan supaya volum muzik
dan nada dering disetkan pada tahap yang sewajarnya.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan.
Ikut sekatan-sekatan, dan patuhi sebarang undang-undang
atau peraturan.
Persekitaran Boleh Meletup
]
Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau kimia.
]
Jangan angkut atau simpan gas atau cecair mudah terbakar,
atau bahan letupan di dalam petak simpanan kenderaan
anda, yang mengandungi telefon bimbit anda dan
aksesoriaksesorinya.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents