Huawei EGRT-09 Quick Start Manual page 41

Hide thumbs Also See for EGRT-09:
Table of Contents

Advertisement

Pernyataan
Dengan ini, Huawei Device Co., Ltd. mengisytiharkan bahawa peranti EGRT-09 ini
mematuhi Arahan berikut: 2014/53/EU (RED), RoHS 2011/65/EU, ErP 2009/125/EC.
Teks penuh perisytiharan pematuhan EU, maklumat ErP yang terperinci dan
maklumat terkini mengenai aksesori & perisian boleh didapati di alamat Internet
berikut: https://consumer.huawei.com/certification.
Peranti ini boleh dikendalikan dalam semua negara anggota EU.
Patuhi peraturan kebangsaan dan tempatan tempat peranti ini digunakan.
Peranti ini mungkin disekat penggunaannya, bergantung kepada rangkaian
setempat.
Jalur Frekuensi dan Kuasa
(a) Jalur frekuensi yang digunakan oleh peralatan radio untuk beroperasi:
Sesetengah jalur mungkin tidak tersedia di semua negara atau di semua kawasan.
Sila hubungi pembawa tempatan anda untuk butiran lanjut.
(b) Kuasa frekuensi radio maksimum yang dihantar dalam jalur frekuensi yang
digunakan oleh radio untuk beroperasi: Kuasa maksimum untuk semua jalur
adalah kurang daripada nilai had tertinggi yang ditentukan dalam Standard Yang
Diselaraskan yang berkaitan.
Had nominal jalur frekuensi dan kuasa penghantaran (dipancarkan dan/atau
dikendalikan) yang terpakai kepada peralatan radio ini adalah seperti berikut:
Bluetooth 2.4G: 13 dBm.
Maklumat Aksesori dan Perisian
Anda disyorkan supaya menggunakan aksesori berikut:
Bateri: HB125290EFW-12
Versi perisian produk ialah 2.0.2.0(H100SP88C00)D
Kemas kini perisian akan dikeluarkan oleh pengeluar untuk membetulkan pepijat
atau meningkatkan fungsi selepas produk dikeluarkan. Semua versi perisian yang
dikeluarkan oleh pengeluar telah disahkan dan masih mematuhi peraturan yang
berkaitan.
Semua parameter RF (contohnya, julat frekuensi dan kuasa output) tidak boleh
diakses dan tidak boleh ditukar oleh pengguna.
Notis Perundangan
Hak cipta © Huawei 2021. Hak cipta terpelihara.
DOKUMEN INI ADALAH UNTUK TUJUAN MAKLUMAT SAHAJA , DAN TIDAK
MEMBENTUK APA-APA JENIS WARANTI.
Tanda Perniagaan dan Kebenaran
Perkataan dan logo Bluetooth ® ialah tanda perniagaan berdaftar yang dimiliki
oleh Bluetooth SIG, Inc. dan apa-apa penggunaan tanda tersebut oleh Huawei
Technologies Co., Ltd. adalah di bawah lesen. Huawei Device Co., Ltd. ialah sekutu
Huawei Technologies Co., Ltd.
Dasar Privasi
Untuk lebih memahami cara kami melindungi maklumat peribadi anda, sila lihat
dasar privasi di https://consumer.huawei.com/privacy-policy.
Perjanjian Pengguna
Sebelum menggunakan produk, sila baca dan bersetuju dengan Perjanjian Pengguna
HUAWEI AI Life dalam aplikasi HUAWEI AI Life.
40

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents