Panasonic NF-N31A Operating Instructions Manual page 15

Hide thumbs Also See for NF-N31A:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Nota:
● Apabila menggunakan perkakas buat kali pertama atau perkakas tidak digunakan untuk
tempoh masa yang panjang, keluaran bahan pembungkusan dahulu dan kemudian
bersihkan dan keringkan periuk tembikar dan penutup kaca. (P. ML8 "Pembersihan dan
Penjagaan")
● Berhati-hati ketika mengeluarkan periuk tembikar daripada badan periuk. Pastikan periuk
tembikar dikeluarkan sepenuhnya sebelum bergerak keluar.
● Tembikar yang tulen dibakar di bawah haba melampau. Oleh itu, setiap periuk tembikar
tersendiri dan berbeza sedikit daripada setiap periuk yang lain. Sifat unik ini boleh
menyebabkan sedikit getaran pada penutup kaca yang tidak perlu dibimbangkan.
● Wap tidak akan keluar semasa memasak haba rendah, oleh itu tiada kehilangan jus, rasa
atau nutrisi yang ketara.
● Kadang kala selepas menggunakan periuk tembikar, "kesan retak halus" mungkin kelihatan
pada permukaan dalam dan luar periuk. Jenis kesan ini hanya pada permukaan dan ia normal.
● Untuk jangka hayat perkakas yang lama, sila ikut masa memasak maksimum. Masa
memasak maksimum yang disyorkan untuk tuil "Rendah" dan "Automatik" ialah 12 jam dan
untuk tuil "Tinggi" ialah 8 jam. Sila tunggu sehingga perkakas menyejuk sepenuhnya sebelum
memulakan aktiviti memasak seterusnya.
● Masa memasak mungkin berbeza-beza bergantung pada resipi dan bahan ramuan
seseorang itu sendiri.
1
Masukkan periuk tembikar ke dalam badan periuk. Masukkan
bahan ramuan memasak ke dalam periuk tembikar dan
tuangkan amaun air yang mencukupi (tidak lebih daripada 80%
muatan periuk) dan kemudian tutup dengan penutup kaca.
2
Pasangkan palam. Putarkan tombol suis kepada tuil
yang sesuai untuk mula memasak.
● Sebelum memasang palam, pastikan bahawa tombol suis
berada pada kedudukan tuil "Off".
● Masa memasak ialah kira-kira 2-5 jam apabila menambahkan
air bersuhu bilik. Disyorkan agar menambahkan air suam kira
70 ℃ untuk menjimatkan masa memasak.
● Putarkan tombol suis ke tuil "Tinggi" terlebih dahulu. Selepas
mendidih, laraskan tuil mengikut sifat makanan dan masa
memasak. ( Lihat "Pemilihan Tuil" di seksyen "Panel Kawalan"
di P. ML6)
● Jangan buka penutup kaca semasa memasak.
3
Selepas proses memasak selesai, putarkan tombol suis
ke tuil "Off", lampu penunjuk kuasa akan terpadam.
● Pastikan untuk memakai sarung tangan ketuhar ketika membuka
penutup kaca. (Jangan pakai sarung tangan ketuhar yang basah.)
● Jangan keluarkan periuk tembikar dengan tangan tanpa lapik
untuk mengelakkan lecuran.
NF_N51A NF_N31A EN+ML+SC.indb 7
NF_N51A NF_N31A EN+ML+SC.indb 7
Cara Menggunakan
Lampu
penunjuk kuasa
akan menyala.
ML7
2022-03-01 13:31:49
2022-03-01 13:31:49

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Nf-n51a

Table of Contents