Download Print this page

Huawei BTK-W09 Quick Start Manual page 12

Hide thumbs Also See for BTK-W09:

Advertisement

• Layari https://consumer.huawei.com/en/support untuk maklumat hubungan
terkini bagi negara atau kawasan anda.
• Pergi ke Tetapan dan masukkan kata-kata kunci berikut dalam kotak carian
untuk melihat maklumat yang berkaitan. Contohnya Perundangan,
Maklumat keselamatan, Logo persijilan.
Maklumat Keselamatan
Sila baca semua maklumat keselamatan dengan teliti sebelum penggunaan
peranti anda untuk memastikan operasi yang selamat dijalankan dan
mempelajari cara membuang peranti anda dengan betul.
Operasi dan keselamatan
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, jangan dengar bunyi
yang berkelantangan tinggi untuk tempoh masa yang panjang.
• Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri yang tidak diluluskan
atau tidak serasi mungkin merosakkan peranti anda, memendekkan jangka
hayatnya, atau mengakibatkan kebakaran, letupan, atau kemalangan lain.
• Suhu operasi yang sesuai adalah antara 0°C hingga 35°C. Suhu penyimpanan
yang sesuai adalah antara –20°C hingga +45°C.
• Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum sebanyak 15 cm
dikekalkan di antara peranti dan perentak jantung untuk mengelakkan
kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Jika anda menggunakan
perentak jantung, pegang peranti pada bahagian yang bertentangan dengan
perentak jantung dan jangan bawa peranti di poket depan anda.
• Jauhkan peranti dan bateri dari kepanasan terlampau dan pancaran terus
matahari. Jangan letakkannya pada permukaan atau dalam peranti panas,
seperti ketuhar gelombang mikro, alat pemanas, atau radiator.
• Patuhi undang-undang dan peraturan tempatan semasa menggunakan
peranti. Untuk mengurangkan risiko kemalangan, jangan gunakan peranti
wayarles anda semasa memandu.
• Semasa dalam pesawat atau sebelum menaiki pesawat, hanya gunakan
peranti anda mengikut arahan yang diberikan. Penggunaan peranti wayarles
dalam pesawat mungkin mengganggu rangkaian wayarles, membahayakan
operasi pesawat, atau melanggar undang-undang.
• Untuk mengelakkan kerosakan litar dalaman peranti atau pengecas, jangan
gunakan peranti di tempat yang berdebu, lembap atau kotor, atau
berhampiran medan magnet.
• Apabila mengecas peranti, pastikan penyesuai kuasa dipalam masuk ke soket
yang berhampiran dengan peranti dan adalah mudah diambil.
• Cabut palam pengecas dari salur keluar elektrik dan peranti semasa tidak
digunakan.
• Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke tempat bahan mudah bakar
atau letupan disimpan (dalam stesen minyak, depot minyak, loji kimia dll).
10

Hide quick links:

Advertisement

loading