Download Print this page

Huawei BTK-W09 Quick Start Manual page 13

Hide thumbs Also See for BTK-W09:

Advertisement

Penggunaan peranti anda di tempat-tempat ini menambah risiko berlakunya
letupan atau kebakaran.
• Jauhkan bateri daripada api, dan jangan membuka pemasangan, mengubah
suai, membuang atau menekannya. Jangan masukkan objek asing ke
dalamnya, merendamkannya di dalam air atau cecair lain, atau
mendedahkannya kepada daya luar atau tekanan, kerana ini boleh
menyebabkan bateri bocor, menjadi terlalu panas, terbakar ataupun meletup.
• Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan mengikut peraturan tempatan.
Alat-alat tersebut tidak sepatutnya dibuang seperti sampah rumah tangga
biasa. Penggunaan bateri yang tidak betul boleh menyebabkan berlakunya
kebakaran, letupan, atau kemalangan yang lain.
• Peranti ini mengandungi bateri terbina dalam. Jangan cuba menggantikan
bateri sendiri. Jika tidak, peranti mungkin tidak berjalan dengan normal atau
bateri mungkin dirosakkan. Untuk keselamatan diri anda dan untuk
memastikan bahawa peranti anda berjalan dengan normal, anda amat
disyorkan untuk menghubungi pusat servis yang dibenarkan Huawei untuk
membuat gantian.
• Pastikan penyesuai kuasa menepati syarat IEC/EN 62368-1 dan telah diuji
serta diluluskan mengikut standard kebangsaan atau tempatan.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
Simbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan bermakna produk dan
bateri perlu dibawa ke pusat pengumpulan sisa berasingan yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa tempatan pada akhir jangka hayat. Ini akan memastikan sisa
EEE dikitar semula dan dirawat dengan cara yang memelihara bahan-bahan
berharga dan melindungi kesihatan manusia serta alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda, peruncit,
atau perkhidmatan pelupusan sisa isi rumah atau layari laman web
https://consumer.huawei.com/en/.
Pengurangan bahan berbahaya
Peranti ini dan aksesori elektriknya mematuhi peraturan tempatan yang
berkenaan dengan penggunaan terhad bahan berbahaya yang tertentu dalam
peranti elektrik dan elektronik, seperti Sekatan Arahan Bahan Berbahaya (RoHS)
dan Arahan Bateri (jika bateri disertakan).
Maklumat Pendedahan RF
Peranti ini mematuhi standard kebangsaan dan antarabangsa yang berkenaan
untuk pendedahan kepada gelombang radio.
"SAR" yang bermaksud "Kadar Penyerapan Khusus", adalah ukuran kadar yang
mengukur pendedahan pengguna kepada gelombang radio daripada peralatan
radio yang berkenaan.
Pastikan peranti anda berada jauh daripada badan anda untuk mematuhi
keperluan jarak.
11

Hide quick links:

Advertisement

loading