Husqvarna 120 Operator's Manual page 202

Hide thumbs Also See for 120:
Table of Contents

Advertisement

1. Hidupkan produk.
2. Putarkan skru kelajuan melahu mengikut arah jam
sehingga rantai gergaji mula berputar.
3. Putarkan skru kelajuan melahu lawan arah jam
sehingga rantai gergaji berhenti.
Nota: Kelajuan melahu dilaraskan dengan betul apabila
enjin berjalan dengan betul dalam semua kedudukan.
Kelajuan melahu juga mesti berada di bawah kelajuan
apabila rantai gergaji mula berputar dengan selamat.
AMARAN: Jika rantai gergaji tidak berhenti
apabila anda memutarkan skru kelajuan
melahu, rujuk dengan pembekal servis
anda. Jangan gunakan produk sehingga
produk dilaraskan dengan betul.
Untuk memeriksa jika karburetor
dilaraskan dengan betul
Pastikan produk mempunyai kapasiti pemecutan
yang betul.
Pastikan bahawa rantai gergaji tidak berputar pada
kelajuan melahu.
AWAS: Pelarasan yang salah boleh
menyebabkan kerosakan kepada enjin.
Untuk menggantikan tali penghidup
yang rosak atau haus
1. Longgarkan skru pada perumah penghidup
2. Tanggalkan perumah penghidup. (Rajah 92)
3. Tarik keluar tali penghidup lebih kurang 30 cm/12
inci lalu letakkannya di dalam takuk pada takal.
4. Biarkan takal berputar dengan perlahan arah ke
belakang untuk melepaskan spring anjalan. (Rajah
93)
5. Tanggalkan skru tengah, takal (A) dan spring anjalan
(B).
AMARAN: Anda mesti berhati-hati
apabila anda menggantikan spring
kembali atau tali penghidup. Spring
anjalan berada dalam ketegangan
apabila dililit ke atas dalam perumah
penghidup. Jika anda tidak berhati-hati,
spring akan terkeluar dan menyebabkan
kecederaan. Gunakan cermin mata
pelindung dan sarung tangan pelindung.
6. Tanggalkan tali penghidup yang telah digunakan
daripada pemegang dan takal.
7. Pasangkan tali penghidup yang baru pada takal.
Gulungkan tali penghidup lebih kurang 3 pusingan di
sekeliling takal.
202
8. Sambungkan takal pada spring anjalan. Penghujung
spring anjalan mesti dipasangkan di dalam takal.
9. Pasang spring anjalan, takal dan skru tengah.
10. Tarik tali penghidup melalui lubang dalam perumah
penghidup dan pemegang penghidup.
11. Buat ikatan yang ketat pada penghujung tali
penghidup. (Rajah 94)
Untuk mengetatkan spring anjalan
1. Letakkan tali penghidup dalam takuk dalam takal.
2. Hidupkan takal penghidup kira-kira 2 putaran
mengikut arah jam.
3. Tarik pemegang tali penghidup dan tarik keluar tali
penghidup dengan sepenuhnya.
4. Letakkan ibu jari anda pada takal.
5. Gerakkan ibu jari anda dan lepaskan tali penghidup.
6. Pastikan bahawa anda boleh memutar takal ½
pusingan selepas tali penghidup telah dipanjangkan
sepenuhnya. (Rajah 95)
Untuk memasang perumah penghidup
pada produk
1. Tarik keluar tali penghidup dan letakkan penghidup
dalam kedudukan pada kotak engkol.
2. Lepaskan tali penghidup dengan perlahan-lahan
agar takal terpasang dengan tuas.
3. Ketatkan skru yang memegang penghidup. (Rajah
96)
Untuk membersihkan penapis udara
Bersihkan penapis udara daripada kotoran dan habuk
dengan kerap. Hal ini mengelakkan karburetor tidak
berfungsi, masalah semasa menghidupkan, kehilangan
kuasa enjin, kelusuhan bahagian-bahagian enjin dan
penggunaan bahan api yang lebih daripada biasa.
1. Keluarkan penutup silinder dan penapis udara.
2. Gunakan berus atau goncang bersih penapis udara.
Gunakan detergen dan air untuk membersihkannya
betul-betul.
Nota: Penapis udara yang digunakan untuk tempoh
yang lama tidak dapat dibersihkan sepenuhnya.
Gantikan penapis udara dengan kerap dan penapis
udara yang rosak mestilah diganti..
3. Pasangkan penapis udara dan pastikan penapis
udara kedap dengan ketat pada pemegang penapis.
(Rajah 97)
Nota: Disebabkan keadaan bekerja, cuaca atau musim
yang berbeza, produk anda boleh digunakan dengan
jenis penapis udara yang berbeza. Rujuk dengan
pengedar servis anda untuk maklumat lanjut.
930 - 003 - 06.03.2019

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

125130

Table of Contents