Download Print this page

Sharp FP-F30E Operation Manual page 17

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk dan/atau salur keluar udara.
• JANGAN gunakan unit bedekatan objek panas, seperti dapur masak atau alat pemanas
atau di mana ia mungkin terkena wap air.
• Jangan baringkan unit semasa menggunakannya.
• Sentiasa pegang pemegang di bahagian belakang unit apabila mengalihnya.
• Jangan gunakan apabila penapisnya tidak dipasang.
• Jangan cuci dan guna semula penapis HEPA.
Bukan sahaja ia tidak meningkatkan prestasi penapis, ia mungkin menyebabkan kejutan
elektrik atau pincang tugas.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
• Apabila menggunakan unit ini, letakkan ia sekurang-kurangnya 2 m dari perkakas
yang menggunakan gelombang elektrik seperti televisyen atau radio bagi
mengelakkan gangguan elektrik.
• Elakkan daripada menggunakannya di lokasi di mana perabot, fabrik atau barang-
barang lain bersentuhan dengan salur masuk dan/atau salur keluar udara atau
menghalang salur tersebut.
• Elakkan daripada menggunakan unit ini di lokasi di mana ia mungkin terdedah
kepada pemeluwapan atau perubahan suhu yang mendadak. Keadaan yang paling
sesuai ialah apabila suhu bilik antara 0 – 35 ºC.
• Letakkan di atas permukaan yang stabil dengan peredaran udara yang mencukupi.
Apabila meletakkan unit ini di atas kawasan yang ditutupi permaidani yang tebal, unit ini
mungkin akan bergetar sedikit.
• Elakkan lokasi di mana gris atau asap berminyak dikeluarkan.
Akibatnya, permukaan unit ini mungkin akan merekah.
• Letakkan unit lebih kurang 30 cm (1 kaki) dari dinding bagi memastikan aliran
udara yang baik.
Prestasi pengumpulan habuk tetap sama meskipun unit digunakan 3cm jauh dari dinding
tetapi letakkannya sejauh yang boleh (30 cm jauh disyorkan) kerana dinding atau lantai
sekitarnya boleh menjadi kotor.
GARIS PANDUAN PENAPIS
• Ikuti arahan di dalam manual ini untuk mengetahui cara penjagaan dan penyelenggaraan
penapis yang betul.
OM_FP-F30E_EN_MA_CS.indb 3
M-3
2/9/2558 BE 4:24 PM

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Fp-f30l