LG KE820 User Manual page 115

Lg phone
Hide thumbs Also See for KE820:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat
dan Cekap
Kanak-kanak
Pastikan telefon disimpan jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Ia mempunyai bahagian kecil yang
jika ditanggalkan boleh menyebabkan bahaya tercekik.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tiada di bawah semua rangkaian selular. Oleh itu, anda tidak sekali-kali
harus bergantung pada telefon ini semata-mata untuk membuat panggilan kecemasan. Semak dengan
pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan Penjagaan Bateri
]
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti sistem
bateri lain, tiada kesan ingatan yang boleh menjejas prestasi bateri.
]
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat
bateri.
]
Jangan buka atau melitar pintas pek bateri.
]
Pastikan sentuhan logam pek bateri sentiasa bersih.
]
Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh dicas
beratus-ratus kali sehingga ia perlu diganti.
]
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan untuk masa yang lama bagi memaksimumkan kegunaannya.
]
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakan ia dalam
kelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
]
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk; ini boleh melemahkan prestasi bateri.
10

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents