Panasonic DH-3ND1 Operating Instructions Manual page 4

Electric home shower
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

• Pancuran Mandi Elektrik mesti disambungkan ke
bekalan air yang mematuhi standard kualiti air
tempatan untuk mengelakkan bahan cemar dan
kekotoran lain yang boleh menyebabkan kakisan pada
pemanas dan komponennya sehingga boleh
menyebabkan keadaan berbahaya. Kegagalan untuk
patuhi akan membatalkan jaminan.
Untuk DH-3NDP1
• Untuk memastikan ketahanan Pam, Tuas On-Off mestilah ditekan setiap kali sebelum dan selepas mandi.
Tuas ini hendaklah ditekan sahaja. Jangan tarik Tuas On-Off. Jangan buka atau tutup Injap Air Utama untuk
mengendalikan unit Pancuran Mandi untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
2. e-Cycle
1. Apa itu e-Cycle:
(a) e-Cycle adalah fungsi di mana pancuran panas dan sejuk bersilih ganti pada masa yang ditetapkan, menawarkan
pengguna kesan urutan fisiologi.
(b) e-Cycle harus diambil secara berperingkat dan jangan cuba mengambil terlalu kerap pada pertama kali.
(c) Gunakan e-Cycle mengikut kesesuaian kesihatan anda. Jangan gunakan ketika anda tidak berasa sihat.
2. Cara menggunakan e-Cycle:
(a) Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan e-Cycle:
• Sila gunakan pancuran panas normal terlebih dahulu untuk memanaskan badan.
(b) Untuk pengguna yang telah menggunakan e-Cycle:
• Sila gunakan e-Cycle mengikut keperluan kesihatan anda. Contohnya boleh menggunakan e-Cycle ketika mula mandi.
(c) Kitaran e-Cycle akan bermula dengan pancuran panas.
3. Cadangan menggunakan e-Cycle:
(a) Adalah digalakkan untuk menggunakan e-Cycle sebanyak 7 hingga 10 kitaran.
(b) e-Cycle harus digunakan setiap hari.
(c) Suhu pancuran panas dari e-Cycle haruslah lebih tinggi daripada suhu pancuran panas normal, pada 40 °C - 42 °C.
4. Kesan dari e-Cycle:
Dengan menggunakan pancuran panas dan sejuk bersilih ganti, e-Cycle mempunyai kesan mempercepatkan kadar
pengembangan/pengecutan pembuluh darah, memperbaiki peredaran darah, dan memberikan ketenangan.
Umumnya, e-Cycle mempunyai kesan di atas. Namun, perlu diketahui bahawa kesannya adalah berbeza untuk setiap individu.
Sila berhenti menggunakan fungsi e-Cycle segera jika berasa sebarang ketidakselesaan semasa penggunaan.
3. e-Hybrid (For DH-3ND1)
1. Apa itu e-Hybrid:
e-Hybrid bermaksud pancuran udara yang mengandungi air panas, yang memberikan kesan urutan fizikal.
2. Kesan dari e-Hybrid:
e-Hybrid adalah pancuran air panas yang mengandungi udara, memberikan getaran ultrasonik ke sel-sel dalam tubuh,
meningkatkan aliran darah, dan melaraskan fungsi modulasi saraf autonomi.
Himpunan gelembung udara yang banyak memberikan rangsangan yang selesa untuk tubuh.
Ion negatif memberikan kesan menyegarkan.
Umumnya, e-Hybrid mempunyai kesan di atas. Namun, perlu diketahui bahawa kesannya adalah berbeza untuk setiap
individu.
AWAS
• Untuk mengelakkan berlakunya bahaya disebabkan
pemutus litar tidak beroperasi, maka produk ini tidak
boleh disambungkan kepada suis luaran seperti alat
penghidup masa, atau penyambungan litar yang
biasanya di on dan off oleh utiliti.
AWAS
- 4 -

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dh-3ndp1

Table of Contents