Philips InnoSpire Go Instructions For Use Manual page 25

Hide thumbs Also See for InnoSpire Go:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Jangan letak produk ini di tempat yang sukar untuk dicabut palamnya.
Pengawasan orang dewasa adalah perlu apabila produk ini digunakan oleh, ke atas, atau
berdekatan kanak-kanak atau individu-individu kurang keupayaan fizikal atau individu-
individu yang menghadapi kesukaran-kesukaran untuk belajar.
Guna produk ini hanya untuk tujuan kegunaan sebenar seperti yang dijelaskan dalam manual
ini. Kegagalan berbuat demikian boleh menggagalkan prestasinya. Guna hanya aksesori yang
dibekalkan bersama nebulizer dan disyorkan oleh pengilang produk ini. Simpan di tempat
yang bersih yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Jangan dicerai atau diubah suai nebulizer ini dengan apa cara sekalipun. Tiada sebarang
bahagian yang boleh diservis. Baterinya tidak boleh diganti.
Baterinya telah dimasukkan pada tarikh yang tertera pada karton unit ini dan memiliki jangka
hayat rak selama 18 bulan selepas tarikh ini.
Jangan sekali-kali cas atau kendali produk ini jika wayar atau palamnya telah rosak, jika ia tidak
berfungsi dengan betul, jika ia telah dijatuhkan atau dirosakkan, atau terjatuh ke dalam air.
Jangan sambung kepada peralatan lain yang tidak diterangkan dalam arahan-arahan ini.
Tidak mengecas alat anda di kapal terbang.
Jauhkan wayar bekalan kuasa dari permukaan-permukaan yang berhaba.
Nebulizer ini mesti dikendali menggunakan sumber-sumber kuasa yang ditetapkan.
Sentiasa periksa bahagian dalam set corong mulut atau topeng untuk memastikan tiada
sebarang kotoran sebelum digunaka.
Jangan sekali-kali guna sambil berbaring.
Jangan guna semasa mengendali kenderaan.
Apabila beroperasi pada suhu yang ambien 40˚C pemegang boleh mencapai suhu sehingga
43˚C. Alat ini tidak boleh digunakan untuk lebih dari 10 minit pada senario ini.
Jangan guna dalam sistem pernafasan anesthetik atau ventilator.
InnoSpire Go dan semua bahagiannya (termasuk bateri) mesti dilupus dengan betul dan
mematuhi undang-undang tempatan yang berkuatkuasa (sebagai contoh arahan WEEE).
Bahagian-bahagian yang kecil boleh disedut atau ditelan. Di samping itu, wayarnya yang
panjang boleh mengakibatkan terjerut atau asfiksia. Jangan tinggalkan kanak-kanak kecil
atau individu-individu kurang keupayaan fizikal atau individu-individu yang menghadapi
masalah belajar bersendirian bersama alat ini.
Jangan guna nebulizer ini berdekatan dengan bahan-bahan mudah terbakar seperti oksigen,
nitrus oksida, atau jika terdapat campuran anesthetik yang mudah terbakar.
Jangan sekali-kali menyucuk, atau mencuci jaringan dengan sebarang objek tajam.
Tindakan ini boleh merosakkan jaringan dan menghalang perangkat anda daripada
beroperasi dengan baik.
Jangan guna autoklaf untuk alat ini.
48
Laporkan sebarang kejadian atau operasi tak diduga kepada Philips.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil jika berlaku perubahan dalam prestasi alat ini, sila rujuk
bahagian mengenalpasti masalah.
Bagaimana menggunakan InnoSpire Go anda
Setelah nebulizer dikeluarkan dari kotak, periksa untuk memastikan semua butir yang
disenaraikan ada disertakan, dan tiada kerosakan atau kecacatan yang kelihatan. Hubungi
pengedar produk atau khidmat pelanggan Philips jika ada bahagian yang hilang atau
rosak. Sebelum penggunaan pertama, cuci set corong mulut mengikut arahan mencuci dan
cas bateri sepenuhnya. Pastikan alat tidak disambung ke bekalan kuasa elektrik semasa
dipasang atau dicerai.
Sebelum diguna, pastikan nebulizer dan aksesorinya bersih, kering dan tidak rosak.
Sambung set corong mulut ke pemegang. Jangan gunakan penyesuai topeng terpisah
sebagai sebuah corong mulut.
Angkat tudung hijau ruang ubat.
Kosongkan kandungan botol ubat itu dan masukkan ke dalam ruang ubat.
• Isipadu maksimum yang boleh diisi adalah 8 ml dan ia ditanda dengan perkataan MAX di
atas bonjol di bahagian bawah engsel. Jangan isi ubat melepasi tahap ini.
Tutup tudung ruang ubat.
Jika menggunakan topeng, sambung penyesuai topeng ke set corong mulut dan sambung
topeng ke penyesuai topeng.
Jika anda menggunakan penyesuai kuasa elektrik untuk menghidupkan nebulizer, sambung
palam wayar ke soket pada pemegang dan sambung palam penyesuai ke soket dinding.
Tekan butang on/off pada pemegang untuk menghidupkan nebulizer dan memulakan
proses penukaran ubat kepada semburan.
Periksa tahap bateri.
10
• Jika LED berwarna HIJAU PADU, bateri telah dicas.
• Jika LED berwarna AMBAR PADU, cas mencukupi untuk satu rawatan lagi. Sila cas
nebulizer selepas rawatan anda.
• Jika LED BERKELIP WARNA AMBAR, dan kemudian nebulizer dimatikan, cas tidak
mencukupi untuk membuat rawatan seterusnya.
• Jika LED tidak menyala, sila rujuk bahagian mengenalpasti masalah dalam manual ini.
Pastikan aerosol keluar melalui corong mulut atau topeng.
11
49

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents