Mengisi Dispenser Cecair Bantuan Membilas - Panasonic NP-6F1MLQ Operating And Installation Instructions

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menggunakan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk

Mengisi Dispenser Cecair Bantuan Membilas

Dispenser Cecair Bantuan Membilas
Cecair bantuan membilas dikeluarkan semasa bilasan terakhir untuk mengelakkan titisan
air terbentuk pada pinggan mangkuk, yang mungkin meninggalkan tompokan dan garisan.
Bahan ini juga membantu proses pengeringan dengan tidak membenarkan air melekat
pada pinggan mangkuk. Mesin Basuh Pinggan Mangkuk ini direka untuk menggunakan
cecair bantuan membilas. Dispenser Cecair Bantuan Membilas terletak bersebelahan
Dispenser Detergen. Untuk mengisi cecair bantuan membilas, buka Penutup dan masukkan
cecair tersebut ke dalam dispenser sehingga penunjuk paras bertukar hitam sepenuhnya.
Isipadu bekas cecair bantuan membilas adalah 110 mL.
Fungsi Cecair Bantuan Membilas
Cecair bantuan membilas ditambah secara automatik semasa bilasan terakhir, memastikan
bilasan yang menyeluruh, dan pengeringan yang bebas tompokan dan garisan.
Perhatian:
• Hanya gunakan cecair bantuan membilas yang berjenama untuk Mesin Basuh
Pinggan Mangkuk. Jangan isi Dispenser Cecair Bantuan Membilas dengan sebarang
bahan lain (cth. agen pencuci Mesin Basuh Pinggan Mangkuk, cecair detergen).
Bahan lain akan merosakkan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk.
Apabila Mengisi Semula Dispenser Cecair
Bantuan Membilas
Apabila bekas cecair bantuan membilas penuh, Penunjuk Cecair Bantuan Membilas akan
menjadi gelap sepenuhnya. Apabila cecair bantuan membilas berkurangan, saiz titik hitam
juga akan mengecil.
Jangan biarkan cecair bantuan membilas berada pada paras kurang dari 1/4.
Apabila cecair bantuan membilas semakin berkurangan, saiz titik hitam pada penunjuk
Paras Cecair Bantuan Membilas berubah, seperti yang dijelaskan di bawah.
Penuh
3/4 penuh
1/2 penuh
1/4 penuh
- Perlu diisi semula untuk
menyingkirkan tompokan
Kosong
Selain itu, penunjuk Cecair Bantuan Membilas
menyala sekiranya bekas cecair bantuan membilas kosong.
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 51
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 51
Penunjuk Paras Cecair
Bantuan Membilas
pada Panel Kawalan juga akan
Penutup
51
7/19/2016 5:21:13 PM
7/19/2016 5:21:13 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents