Panasonic NP-6F1MLQ Operating And Installation Instructions page 54

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menggunakan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk
Nota:
• Sekiranya air liat tidak wujud di kawasan pengguna, kedudukannya perlu ditetapkan
pada H1.
• Tahap liat air adalah berbeza mengikut tempat. Sekiranya air liat digunakan dalam
Mesin Basuh Pinggan Mangkuk, kelodak akan terkumpul pada pinggan mangkuk dan
perkakas dapur. Mesin Basuh Pinggan Mangkuk ini dilengkapi dengan pelembut khas
yang menggunakan Bekas Garam yang direka khusus untuk mengeluarkan kapur dan
galian dari air.
Mengisi Garam ke dalam Pelembut
Bekas Garam terletak di bawah Bakul Bawah dan perlu diisi seperti berikut:
Hanya gunakan garam yang direka khusus untuk kegunaan Mesin Basuh
Pinggan Mangkuk. Semua jenis garam lain, terutamanya garam biasa yang tidak
direka khusus untuk kegunaan dalam Mesin Basuh Pinggan Mangkuk, akan
merosakkan pelembut air. Sekiranya terdapat kerosakan disebabkan penggunaan
garam yang tidak sesuai, pihak pengilang tidak memberikan sebarang jaminan
dan tidak juga bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku.
Hanya isikan dengan garam sebelum memulakan salah satu program cucian
yang lengkap. Hal ini akan mengelakkan sebarang butiran garam atau air garam
yang tumpah daripada kekal pada bahagian paling bawah Mesin Basuh Pinggan
Mangkuk dan menyebabkan penghakisan.
1
Penutup
1. Selepas Bakul Bawah telah dikeluarkan, longgarkan dan alihkan Penutup dari Bekas
Garam.
2. Letakkan hujung Pengisi Garam ke dalam lubang dan masukkan lebih kurang 1.5 kg
garam Mesin Basuh Pinggan Mangkuk
3. Masukkan air ke dalam Bekas Garam sehingga penuh. Sedikit air mungkin keluar
dari Bekas Garam.
54
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 54
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 54
AWAS
2
Pengisi Garam
7/19/2016 5:21:14 PM
7/19/2016 5:21:14 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents