Maklumat Keselamatan - LG G Watch R -W110 User Manual

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Maklumat keselamatan

Sebelum menghidupkan produk anda, semak maklumat keselamatan asas yang disertakan di sini.
Keselamatan umum & pengendalian
Ketika menggunakan produk anda, beri perhatian pada garis panduan berikut.
Persekitaran anda
Suhu pengendalian yang selamat. Guna dan simpan produk anda pada suhu antara 0°C/32°F
dan 40°C/104°F. Mendedahkan produk anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan
mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Ketika memandu. Semasa memandu kereta, memandu merupakan tanggungjawab pertama anda.
Menggunakan peranti mudah alih atau aksesori untuk panggilan atau aplikasi lain ketika memandu boleh
mengganggu perhatian anda. Tumpukan perhatian anda kepada jalan raya.
Sekitar bahan letupan. Jangan gunakan di kawasan yang boleh menyebabkan kebakaran atau letupan
akibat percikan api daripada produk.
Dalam kapal terbang. Patuhi semua peraturan dan arahan bagi penggunaan peranti elektronik. Kebanyakan
syarikat penerbangan membenarkan penggunaan alat elektronik hanya di antara dan bukan semasa
pelepasan dan pendaratan. Terdapat tiga jenis peranti keselamatan lapangan terbang: mesin X-ray (digunakan
pada item yang diletakkan di atas tali sawat penyampai), pengesan magnetik (digunakan pada orang yang
berjalan melalui pemeriksaan keselamatan), dan tetongkat magnetik (peranti pegangan tangan digunakan
pada orang dan item berasingan). Produk anda boleh melepasi melalui mesin X-ray lapangan terbang. Tetapi
jangan masukkan produk anda melalui pengesan magnetik lapangan terbang atau mendedahkannya kepada
tetongkat magnetik.
Sentiasa mematuhi sebarang peraturan khusus di kawasan yang ditetapkan. Matikan peranti anda di kawasan
yang melarang penggunaannya atau jika ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya.
Menukar tali pergelangan tangan kepada tali besi boleh menyebabkan masalah sambungan Bluetooth.
Petua keselamatan
AMARAN: Penatang pengecas mengandungi magnet kuat yang boleh mengganggu perentak jantung, kad
kredit, jam tangan dan objek-objek lain yang sensitif kepada magnet.
Untuk mengelakkan kerosakan pada produk anda dan mengurangkan risiko kebakaran atau kejutan elektrik,
letupan, atau bahaya lain, patuhi langkah berjaga-jaga ini:
Hanya gunakan kabel, pengecas dan aksesori yang diluluskan oleh LG.
Jangan jatuhkan, menghentak atau menggoncang produk anda.
4

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents