Tunjukkan Kadar Denyutan Jantung Saya; Memastikan Ukuran Tepat - LG G Watch R -W110 User Manual

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

NOTA: Jika anda meleret skrin langkah anda ke sebelah kanan, aplikasi Kecergasan akan
berhenti mengira langkah anda.

Tunjukkan kadar denyutan jantung saya

Anda boleh menggunakan aplikasi Kadar Denyutan Jantung untuk mengukur dan merekod kadar semasa
denyutan jantung anda.
NOTA: Ciri ukuran kadar denyutan jantung peranti tidak boleh digunakan untuk diagnosis
klinikal atau perubatan. Ikut garis panduan dalam Memakai G Watch R dan Memastikan
ukuran tepat untuk memastikan agar ukuran kadar denyutan jantung anda tepat.

Memastikan ukuran tepat

Bacaan kadar denyutan jantung mungkin tidak tepat bergantung pada keadaan dan persekitaran. Ikut langkah-
langkah ini agar bacaan kadar denyutan jantung yang lebih tepat:
Jangan kali-kali mengukur kadar denyutan jantung anda selepas merokok atau meminum alkohol. Merokok
dan/atau meminum alkohol boleh menjejaskan kadar denyutan jantung anda.
Jangan sekali-kali mengambil ukuran kadar denyutan jantung pada suhu rendah. Atau jangan biarkan diri
anda kesejukan semasa anda mengukur kadar denyutan jantung anda.
Pengguna dengan pergelangan tangan yang kecil mungkin akan mendapati kadar denyutan jantungnya tidak
tepat.
Mengukur kadar denyutan jantung
1
Ketik muka jam atau sebut "Ok Google". Anda akan melihat gesaan Speak now (Cakap sekarang).
2
Sebut "Show me my heart rate (Tunjukkan kadar denyutan jantung saya)".
3
Mulakan mengukur kadar denyutan jantung anda dengan mengetik ikon jantung (jika perlu). Selepas
tempoh yang singkat, anda akan melihat kadar denyutan jantung anda pada skrin berserta senarai empat
kadar denyutan jantung yang paling baru diambil dan tarikh serta masa ia diambil.
4
Ambil ukuran lain dengan mengetik Periksa semula.
5
Tutup skrin Kadar Denyutan Jantung dengan meleret ke kiri dua kali atau meletakkan tangan anda di atas
skrin.
30

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents