Gerak Isyarat Jari; Melihat Kad Pemberitahuan - LG G Watch R -W110 User Manual

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Ikon status tambahan
Paparkan tarikh hari ini dan tahap cas semasa bateri G Watch R anda dengan meleret dari bahagian atas
muka jam ke bahagian tengah menggunakan satu jari dan menahannya di sana.Ikon akan menggulung
apabila anda mengangkat jari anda.

Gerak isyarat jari

Anda boleh menavigasi antara skrin G Watch R menggunakan jari anda.
Penting! Jangan ketik skrin dengan sesuatu yang tajam atau kenakan tekanan berlebihan
menggunakan hujung jari anda kerana ini boleh menyebabkan kerosakan.
NOTA: G Watch R mungkin tidak dapat mengecam input sentuhan yang dibuat hampir
ke tepi skrin dan di luar kawasan input sentuhan.
Mengetik
Paparkan menu, pilih pilihan menu, buka aplikasi atau tekan butang yang dipaparkan dengan mengetik
menggunakan satu jari.
Contohnya: Semasa muka jam dipaparkan, ketik skrin untuk melancarkan ciri Carian Suara Google.
Meleret
Akses tindakan kad dengan meleret dari kanan ke kiri merentasi skrin.
Keluarkan kad dengan meleret dari kiri ke kanan.
Paparkan pilihan tambahan dalam menu dengan meleret ke atas dan bawah.
Bisu/Nyahbisu
Bisukan atau nyahbisukan G Watch R anda dengan meleret dari bahagian atas muka jam ke bawah dan
melepaskan jari anda.

Melihat kad pemberitahuan

Pemberitahuan dipaparkan dalam bentuk kad di bahagian bawah muka jam.
Paparkan kad yang lengkap dengan meleret kad itu ke atas.
Paparkan mana-mana kad tambahan dengan meleret ke atas merentasi skrin.
Tutup kad dengan meleret dari kiri ke kanan merentasi skrin.
26

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents