LG G Watch R -W110 User Manual page 51

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Produk ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan
kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai
Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dengan produk memancar pada paras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang
digunakan.
Walaupun terdapat perbezaan antara paras SAR pelbagai model produk LG, semuanya direka bentuk untuk
memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(Commission on Non-Ionizing Radiation Protection - ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu bagi
SAR Mulut atau 4.0W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu bagi SAR yang dipakai pada Anggota Badan.
Nilai tertinggi SAR bagi produk model ini apabila diuji bagi kegunaan Di Sebelah Mulut (Muka) ialah 0.066
W/kg (10g) dan untuk dipakai pada Anggota Badan (Pergelangan Tangan) ialah 0.444 W/kg (10g).
Peranti ini telah diuji untuk pengendalian biasa pemakaian pada Anggota Badan (Pergelangan tangan) yang
dijarakkan pada 0 cm di antara badan pengguna (Pergelangan tangan) dan bahagian belakang peranti.
Selain itu, peranti ini telah diuji untuk pengendalian biasa Di Sebelah Mulut (Muka) dengan bahagian
hadapan peranti dikekalkan pada 1 cm di antara mulut pengguna (Muka) dan bahagian hadapan peranti.
Untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan SAR R&TTE, sila pastikan jarak pemisahan minimum 1
cm dikekalkan untuk pengendalian di sebelah mulut (muka).
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents