Tentang Panduan Pengguna Ini; Tanda Dagangan - LG G Watch R -W110 User Manual

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Tentang panduan pengguna ini

Tentang panduan pengguna ini
Anda mesti membaca manual ini dengan teliti sebelum menggunakan peranti anda. Ini akan memastikan
penggunaan yang selamat dan betul bagi produk anda.
Sesetengah imej dan syot skrin yang terdapat dalam panduan ini mungkin berbeza dengan yang kelihatan
pada produk anda.
Mungkin terdapat percanggahan antara kandungan anda dan produk akhir, atau perisian yang dibekalkan oleh
pembekal atau operator perkhidmatan. Kandungan ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih
awal. Lawati laman web LG di www.lg.com untuk mendapatkan versi terkini panduan ini.
Aplikasi pada produk anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah atau spesifikasi
perkakasan. LG tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang isu prestasi yang timbul daripada menggunakan
aplikasi yang dicipta oleh pembekal selain daripada LG.
LG tidak akan bertanggungjawab terhadap isu prestasi atau ketidakserasian yang timbul akibat tetapan
daftaran yang diedit atau perisian sistem pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk
menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi dengan
betul.
Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan bersama peranti anda dilesenkan untuk
kegunaan terhad sahaja. Mengekstrak dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan komersial atau tujuan
lain boleh menjadi pelanggaran undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, sila ambil maklum bahawa
anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang penggunaan media yang haram.
Perkhidmatan data, seperti pemesejan, memuat naik dan memuat turun, penyegerakan auto atau
menggunakan perkhidmatan lokasi, mungkin akan mengakibatkan caj tambahan. Pastikan anda memilih
pelan data yang sesuai dengan keperluan anda untuk mengelakkan caj tambahan. Hubungi pembekal
perkhidmatan anda untuk butiran lanjut.

Tanda dagangan

LG dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar LG Electronics.
Semua tanda dagangan dan hak cipta lain adalah harta pemiliknya masing-masing.
Notis berkenaan perisian sumber terbuka
Lawati http://opensource.lge.com/ untuk mendapatkan kod sumber yang sepadan di
bawah lesen GPL, LGPL, MPL dan lesen sumber terbuka yang lain.
Semua terma lesen, penafian dan notis boleh dimuat turun bersama-sama kod sumber.
44

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents