Menyambung Kepada Peranti Mudah Alih Yang Lain; Petua Untuk Menggunakan Bluetooth - LG G Watch R -W110 User Manual

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

5
Tatal ke atas dan ketik Tetapan lokasi Google > Mod. Pilih
Ketepatan tinggi (GPS dan rangkaian).

Menyambung kepada peranti mudah alih yang lain

Sebelum anda boleh menyambungkan G Watch R anda kepada peranti lain, anda perlu memadam semua data
anda daripada memori G Watch R terlebih dahulu dengan menetapkannya semula.
Menetapkan semula jam
1
Pastikan G Watch R anda dihidupkan, kemudian tekan dan tahan butang Kuasa sehingga menu Tetapan
dipaparkan.
2
Leret ke atas sehingga anda melihat pilihan Tetapkan semula peranti, kemudian ketik ia. Kemudian ketik
.
3
Apabila anda melihat skrin penyediaan, ketik bahasa yang dikehendaki dan ikut gesaan untuk
menyambungkan peranti mudah alih baru kepada G Watch R anda.

Petua untuk menggunakan Bluetooth

Semasa menyambungkan G Watch R anda kepada peranti mudah alih anda, peranti-peranti tersebut
hendaklah diletakkan berdekatan antara satu sama lain.
Bluetooth menggunakan isyarat radio yang agak rendah kuasanya. Sesetengah produk industri, saintifik,
perubatan dan lain-lain yang berkuasa rendah boleh mengganggu sambungan Bluetooth. Di ruang terbuka,
julat komunikasi Bluetooth biasanya menjangkau kira-kira 10m (33 kaki).
Tidak semua peranti mudah alih berkeupayaan Bluetooth akan berfungsi dengan G Watch R anda.
Sesetengah peranti mungkin tidak serasi dengan G Watch R anda, terutamanya peranti yang tidak diuji atau
diluluskan oleh Bluetooth SIG.
21

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents