Melihat Ciri Dan Kad Aplikasi; Menyesuaikan Skrin Jam; Senarai Ciri; Mengakses Senarai Ciri - LG G Watch R -W110 User Manual

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Melihat ciri dan kad aplikasi

Maklumat bagi ciri dan aplikasi G Watch R dipaparkan pada kad yang terpapar pada skrin.
Paparkan mana-mana kad tambahan dengan meleret ke atas merentasi skrin.
Akses kad tindakan dengan meleret dari kanan ke kiri merentasi skrin.
Keluarkan ciri atau kad aplikasi dengan meleret dari kiri ke kanan merentasi skrin.

Menyesuaikan skrin Jam

Kandungan skrin jam boleh dilaraskan untuk menepati keperluan dan/atau cita rasa anda.
Paparan G Watch R boleh dijadikan lebih cerah atau lebih malap.
Terdapat 18 Muka Jam untuk anda pilih.
Lihat Menyesuaikan G Watch R anda untuk maklumat lanjut.

Senarai ciri

Dari senarai Ciri, anda boleh:
Akses ciri-ciri G Watch R
Pantau aplikasi peranti mudah alih anda untuk pemesejan teks dan e-mel dan gubah mesej teks dan e-mel
baru
Navigasi ke destinasi yang anda ingini
Tukar beberapa tetapan pada G Watch R dan banyak lagi.
Anda boleh mengakses senarai Ciri G Watch R daripada muka jam. Ia serasi dengan suara dan skrin sentuh.
NOTA: Lihat Menggunakan Ciri untuk maklumat lanjut.

Mengakses senarai Ciri

1
Jika skrin pada G Watch R anda kosong, ketik ia untuk memaparkan muka jam.
2
Dari muka jam, sebut "Ok Google".
ATAU
Ketik muka jam. Anda akan melihat gesaan Speak now (Cakap sekarang).
Membuka ciri menggunakan suara:
Sebut nama ciri yang dipaparkan dalam teks tebal dalam senarai Ciri.
Membuka ciri menggunakan sentuhan:
1
Ketik skrin tanpa menyebut apa-apa. Anda akan melihat beberapa pilihan pertama dalam senarai Ciri.
2
Navigasi senarai Ciri dengan meleret ke atas dan/atau ke bawah pada skrin.
27

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents